asya@wani@sya@mcsya@nosya@syaza

~dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah~



Friday, October 30, 2009

cOnFuSE ...



Kenape saya masih keliru? Huhu.. Ya Allah!

Thursday, October 29, 2009

MoRniNG !

Hari ni saya bangun lambat..Takde la lambat sangat, kul 6.45 am. Tu pun saya terkejut sbb bunyi alarm keta jiran saya. Kalo tak, mesti terlajak tdo lagi. Saya tgk jam, kul 6.45 am. Ape lagi, bangun n g mandi.. Cepat2! Lepas tu perut lak buat hal. Huhu sabar2.

Kul 8 lebih dah baru saya bertolak ke ofis. Masa saya turun tu, kakzu dah bersedia menunggu saya kat depan keta saya. Haha kesian. Just say sorry. Then, kami terus la bergegas ke ofis. Saya drive tak laju pon sbb jalan jem. Kami sampai kat ofis ±08.20 am. Alhamdulillah.. Tapi rasa penat lak mungkin sbb ati ni nak cepat je. Bila masok ofis, saya duduk kejap. Pelik la, saya hinggakan tercungap-cungap kepenatan. Haha kelakor2.

Jam 8.30 am, saya pon stat la buat keja.. Check tender smalam, and buat keja yang tak pernah dan tak akan siap pulak. Ni pon tgh buat checklist, tapi sempat gak saya ber'blog' kejap. Oh yer, tadi saya kena pujuk one of my technician sbb dia merajuk.. Haha tua2 pon nak merajuk. Si Justin ni merajuk sbb dia kena continue keja si ex-technician (Pravin).. Ingatkan takde masalah, upenya si Pravin ni salah recommend barang kat customer. So, Justin la kena tukar balik. Nak dijadikan cete pulak barang tu hilang.Justin la kena cari. Kesian jugak kat Justin ni.. Bagi pendapat saya la, antara ramai2 technician, dia la yg paling rajin. Mane2 tempat yang technician lain tak sanggup nak pegi sbb jauh, dia la jugak yg kena pergi. Dia tak pernah merungut pon. Tapi kali ni dia mengamuk, saya paham.. Mungkin sbb dia tension sgt. So, saya pujuk la dia kat Warehouse. Senang je, petik jari je.. Dia terus OK. hehe bak pujuk memujuk, serahkan padasaya! Settle.

Nak sambung keja... Ngantukkkkkkk!

Tuesday, October 27, 2009

Repair Exchange!

Huhu dari jam 1.00pm hingga la skrg ni saya tak siap2 lagi buat Repair Exchange. Banyak masalah timbul bila check semua. Kena check dgn Sirona Germany balik pasal barang yang tak cukup.. Huaa bukan siket! semua nya 12 yang missing. Problem2.. Kalu tak de problem ni, dah lama saya siap daaa... Biasanya kejap je saya buat sume ni, tapi bila dah ade masalah mcm ni, semua delay. Mata lak mengantuk dah.Tak sabar nak balik. Huhu tapi kalo kat umah pon bukan ade sape2, saya sorg diri gak. Emmm tapi at least saya leh rehat kan minda saya yang ngah kacau ni.. hehe bak kata AbgZul(Warehouse People) "Jiwa Kacau".. Memang betol2 kacau la jiwa saya.. Mengantuk! Huhu bestnya kalo saya boleh tdo kejap.. Cukupla 05 minit pun. Kurang2nya dapat lelapkan mata jap. Otak dah penat dah.. Azam saya sekarang ni, saya nak tdo awal malam ni.Kalo boleh, kul 9pm, saya nak mati kan semua lampu. Pastu baru la saya leh tdo.. Taknak jadi mcm pagi tadi, saya bangun lambat.. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik baju dah siap iron. Kalo tak, nahas la...

Ok lah, nak sambung buat kerja yang tak akan dan tak pernah siap ni!

Kejap lagi nak balik daaa.. Oh ya, malam ni saya nak call Umie la. Dah lama tak borak ngan Umie.. Asyik2 borak ngan Along je.. Haha. Banyak cete yang saya nak cetekan kat Umie ni..

Anyway, Umie, I miss u so much! Same with my dad also.. Baba, i miss u so much!


Monday, October 26, 2009

Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Sunday, October 25, 2009

19 Oktober 2009

19/10/09...
Tarikh yang amat menyedihkan buat saya n keluarga. Datuk saya yang tersayang telah pergi meninggalkan kami..
08.30 pm - saya menerima panggilan daripada sepupu saya yang mengajak saya pulang ke kampung.. saya dengan 'blurr' nye tanya dia, kenapa?
sepupu saya terus menangis n bgtau saya bahawa datuk saya sudah tiada... what? saya amatlah terkejut.. masa tu saya kat The Curve utk makan Ayam Penyet.. Huhu saya terus bergegas pulang ke Kota Damansara, ambil pakaian n terus ke Shah Alam untuk menjemput sepupu saya.. Saya menunggu Pakcik saya kat Gombak. Kami balik sama2.. Inilah first time saya drive from KL to Kelantan sorang diri..Kami just berhenti kat R&R Gua Musang sekejap je. Then terus balik.. Sesampainya saya di Melor, saya berdebar2.. Setelah sampai kat umah datuk, saya terus berlari menuju ke sekujur tubuh yang terbaring di satu sudut di ruang tamu. Saya mengawal diri saya n air mata saya.. terus saya capai Surah Yaasin dan membacanya.. Kemudian, saya mencari nenekku saya.. Aku memeluk nenek saya n menangis.. Nenek saya hanya menyuruh saya bertenang. Setelah itu, saya masuk ke ruang keluarga dan berjumpa dengan sepupu2, pakcik2, makcik2 dan ibu bapa serta adik beradik saya.. Semua bersedih..
Sementara itu, baba saya menyuruh saya untuk rehat. Saya masuk bilik nenek saya.. Tapi saya tak boleh lelapkan mata.. Saya nak berada disisi datuk saya..
Sedihhhhhhhhhh.....
Setelah selesai semua, jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Kemudian, kami pulang kerumah dengan rasa 'kehilangan' yang amat kuat. Huhuhu.

Al-Fatihah..
-Allahyarham Che Hassan Bin Che
Abdullah-

Tuesday, October 13, 2009

Entah

Dah lama saya tak update blog ni.. kepada kawan2, maaf yer sbb saya teramatlah busy. teramatlah sangat. hehe.. saya ni kan selalu busy.. wanita berkerjaya la kata kan.. huahuahua..
Sorry yer.. byk kerja ni..
Nanti lain kali saya update lg.
Bye

Monday, October 5, 2009

Impian Kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih...

Thursday, October 1, 2009

Pn. Noraidah Mahmud

Sape Pn. Noraidah Mahmud tu?

She is my lovely teacher..
Pn. Noraidah adalah guru saya yang paling best kat dunia ni.. Beliau mengajar saya subjek Bahasa Melayu mase saya Form 5. Actually, Pn. Noraidah ni isteri kepada sepupu nenek saya..So,saya ni cucu sepupu dia la kan? haha so complicated!
Masa kat sekolah dulu, saya suka sgt bila tiba subjek Bahasa Melayu. Cikgu Noraidah ni orgnya amatlah cantik n lemah lembut. Lepas je abes SPM, saya tak contact langsung Cikgu Noraidah.. Langsung2 tak. Terlintas gak nak hantar kad raya or sms beliau, tapi saya takut mengganggu lak. so, batalkan je niat tu.. hehe (alasan tak masok akal).
Pastu 2 tahun (masa Raya Aidilfitri) lepas, saya terserempak ngan beliau kat umah mak sepupu saya kat Kota Bharu.. Umah tu buat open house.Saya ternampak Cikgu Noraidah, but saya buat2 tak nampak sbb saya pikir beliau mesti dah tak kenal saya.. Tut2 tengah duk makan, beliau dtg dari belakang saya n beliau menyapa saya. hehe malu la saya.. upenya beliau ingat lagi nama saya. beliau siap tanya nape tak sms or call beliau. beliau tanya saya ade tak phone number beliau, saya jawab ader.. tapi tak sempat nak sms or call sbb byk assignment..hehe(alasan bodo).Masa tu saya borak panjang la dengan Cikgu. hehe beliau jemput saya ke rumahnya, tapi sampai skrg pon tak pegi lg coz masa tak mengizinkan..hehe (alasan tak logik).
Tahun lepas saya tak jumpa beliau.. Ingin sangat nak jumpa, tapi hehe saya balik kg pon kejap je masa tu.. tu yang tak sempat jumpa sape2 tu.

Then, Raya kali ini saya dapat jumpa Cikgu.. Hehe petang Raya ke-2, Cikgu Noraidah datang ke rumah nenek saya. So adik saya yg kebetulannya berada di situ, call la saya n bgtau yg Cikgu Noraidah duk tanya sal saya n kat mane saya.. saya dengan tergesa2 nya pegi umah nenek saya. saya masuk ikot pintu depan coz pintu belakang dah kunci. Bila saya bagi salam, Cikgu yang duduknya membelakangi pintu, menoleh kearah saya.. huhu sedihnya saya.. gembiranya saya..saya bersalam, peluk n cium Cikgu.. Cikgu bgtau bahawa dia selalu terpikirkan saya..hehe. Mase tu "Mek" n CikJan n "Ayah" yang ade kat situ. Mek n CikJan hanya tengok gelagat saya n Cikgu dengan mata terkebil2..Ayah lak tak tengok langsung sbb ayah kan terbaring (sakit)..
Saya n Cikgu tak sempat borak panjang pon coz asyik duk dgr Mek borak ngan husband Cikgu.
Hehe Cikgu dah nampak tua siket daaa. tapi still cun. Maklumla masa saya Form 5 dlu, anak ade 2, skrg dah ade 4. Okla tu.

Waktu dah senja, husband Cikgu ajak Cikgu pulang.. Sekali lg kami bersalaman dan berpelukan..Saya sempat ler bagi duit raya kat anak2 Cikgu.. Mase mreka nak balik, huhu saya melambainya penuh dengan kesayuan. Cikgu menyuruh saya pegi ke umahnya bila balik kg nanti.. (Tapi tak tau la nak g ke tak, sbb saya segan ler).

Tak tau kenapa tiba2 lak saya rindukan Cikgu.. Sbb tu saya tulis ni.. Post for my loving teacher..

Mek - panggilan untuk nenek.
Ayah - panggilan untuk datuk.
CikJan - Makcik.

Lastly, lepas Isyak nanti, saya nak sms Cikgu.
Nak cete problem saya pada beliau.

-kekuningan-