asya@wani@sya@mcsya@nosya@syaza

~dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah~



Saturday, January 2, 2010

Kenapa perlu mengungkit?

Kenapa kamu dekati saya jika tujuan kamu menyakiti saya.. Salahkah saya meneruskan hidup saya sebegini? Apa yang kamu mahu? Saya tahu kamu amat sedih sebab kamu telah kehilangan kawan karib, tapi saya lagi sedih sbb saya kehilangan 'sidia' iaitu seorg insan yg pernah bertahta dihati saya. Saya tidak menyangka bahawa kamu menyimpan dendam terhadap saya.. Sekarang, kamu kembali untuk mengungkit semua yg telah terjadi. Kamu mahu saya meratapi kesedihan utk selama-lamaya..tapi sedarkah kamu bahawa yang pergi takkan kembali..yang hidup, perlu teruskan hidup.. Saya nak kamu tahu bahawa saya tidak menerima apa2 pesanan daripada 'sidia'.Sama sekali tidak tentang yg kamu perkatakan 2 hari lepas. Ingatan saya masih jelas. Nothing! Cukuplah kamu menyakiti saya dengan kata-kata kamu yg amat tajam dan berbisa. Pergilah kamu jauh dari hidup saya. Saya tak perlukan seorang kawan yang bakal menjadi lawan hanya kerana kejahilan pemikiran kamu.. Satu pesanan saya, akurlah pada kehendak Illahi. Jangan hubungi saya lagi!

No comments:

Post a Comment